“MBSA mohon maaf…” Petugas, pelanggan bertengkar kerana nombor giliran

“MBSA mohon maaf…” Petugas, pelanggan bertengkar kerana nombor giliran

“MBSA mohon maaf…” Petugas, pelanggan bertengkar kerana nombor giliran.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf berhubung video tular membabitkan kakitangannya dengan seorang pelanggan di pejabat cawangan Kota Kemuning baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan berkata, hasil siasatan dalaman mendapati pertengkaran berlaku akibat salah faham antara pelanggan dan petugas di kaunter mengenai nombor giliran yang berlaku pada 26 April lalu.

“Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan.

“Pihak MBSA memohon maaf atas insiden yang telah berlaku dan akan berusaha memastikan agar perkara sedemikian tidak berulang,” katanya.

Baru-baru ini tular video berdurasi satu minit 38 saat menunjukkan pertengkaran antara seorang pelanggan dengan petugas kaunter MBSA yang dilihat cabar-mencabar sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati antara dua pihak.