MB Kedah halang PBAPP masuki hutan Kedah

Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah yang tidak membenarkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memasuki mana-mana kawasan hutan di negeri tersebut merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab.
Demikian dizahirkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Tegas beliau, MB Kedah tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk pergi ke mana-mana tempat yang menjadi sebahagian daripada negara ini kecuali kawasan telah digazetkan.
Malah katanya lagi, walaupun Ulu Muda berada di negeri Kedah, tiada arahan bagi mana-mana pihak agar tidak memasuki kawasan tersebut, sebaliknya MB Kedah juga tidak boleh dihalang untuk melintasi Pulau Pinang seandainya ia ingin ke Perak maupun Kuala Lumpur kerana tidak terdapat sekatan sedemikian dalam undang-undang negara ini.
“Terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah pun melawat Ulu Muda setelah mereka bimbang dengan tindakan kerajaan negeri Kedah mengizinkan kegiatan pembalakan dikawasan tadahan air semula jadi yang menjadi sumber air mentah bagi 4.6 juta penduduk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Kerajaan negeri Pulalu Pinang juga kekal dengan pendirian kita dengan tidak membayar sebarang pampasan kepada kerajaan negeri Kedah berkaitan penggunaan air mentah dari Sungai Ulu Muda dan kami hanya mengekstrak sumber air tersebut sejajar dengan undang-undang serta hak antarabangsa melibatkan penggunaan air dalam negara ini.
“PBAPP turut menyatakan bahawa Pulau Pinang tidak akan membuat pembayaran kerana ia adalah menurut indang-undang dalam isu hak penggunaan air tersebut dan kerajaan negeri Pulau Pinang memberi sokongan terhadap inisiatif kerajaan negeri Kedah bagi menuntut pampasan dari kerajaan Pusat seandainya hutan simpan Ulu Muda tersebut digazetkan sebagai kawasan hutan simpan kekal, ” tambah beliau.
Ujarnya, sudah sepatutnya kerajaan Pusat membayar pampasan kerana tidak mengizinkan pembalakan di hutan-hutan tadahan negeri Kedah bagi memastikan terjaminnya sumber air mentah di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Baru-baru ini Malaysia Dateline turut menyiarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa mengenai isu penerokaan mineral elemen (REE) berskala besar di kawasan terlibat kerana ia akan menjejaskan bekalan air kepada 4.2 juta penduduk wilayah utara.
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/mb-kedah-tidak-bertanggungjawab-halang-pbapp-masuki-hutan-kedah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook