MB Kedah cadang kerajaan benar eksport daun ketum

MB Kedah cadang kerajaan benar eksport daun ketum

MB Kedah cadang kerajaan benar eksport daun ketum. Kerajaan Persekutuan dicadang agar membenarkan eksport daun ketum bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tujuan perubatan oleh syarikat farmasi di luar negara.

MB Kedah cadang kerajaan benar eksport daun ketum

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengusaha tanaman ketum di negara ini, malah kerajaan juga mendapat hasil menerusi cukai eksport daun itu.

Beliau berkata daun ketum khususnya yang ditanam di Kedah, mendapat permintaan tinggi terutama di negara jiran, Thailand kerana dikatakan gred paling baik untuk tujuan perubatan dan dijadikan pil atau minuman kesihatan.

“Kalau sudah ada teknologi yang baik untuk kesihatan yang diusahakan di negara jiran dan permintaan untuk daun itu tinggi kerana gred daun ketum (yang ditanam) di Thailand lebih rendah, saya rasa kerajaan perlu mengambil manfaat ini untuk menjadi pengeksport,” katanya dalam sidang media di Alor Setar, hari ini.

Katanya jika perkara itu dapat dilaksanakan, kerajaan negeri bersedia melantik mana-mana anak syarikatnya untuk membeli dan mengumpul daun ketum serta bertindak sebagai pengeksport tunggal secara sah di Kedah.

Selain itu, Muhammad Sanusi mendakwa langkah membenarkan eksport daun ketum juga akan membantu mengurangkan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan penyeludupan daun ketum di sempadan negara.

“Kita menghabiskan banyak sumber untuk menguatkuasakan larangan eksport daun ketum kerana kita letakkan ketum ini di bawah Akta Racun 1952 dan ada sekatan eksport, maka agensi kita terpaksa bertungkus- lumus mengekang kegiatan penyeludupan ini.

“Yang saya hairan tanam boleh sebab tak salah, tapi petik dan proses tak boleh. Minum tentulah tak boleh, tak bagus minum macam tu, ia kena melalui kaedah saintifik untuk jadi ubat. Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian, rugi tanah kita, tanaman kita banyak tapi jadi salah, lebih baik kita benarkan (untuk eksport),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agensi berkaitan memikirkan langkah untuk merealisasikan cadangan itu termasuk meminda akta tertentu di Parlimen sekiranya diperlukan.