MB Johor rais simpati

MB Johor rais simpati

JOHOR BAHRU: Walaupun mempunyai majoriti tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yakin memperoleh sokongan bulat ADUN dalam meluluskan Belanjawan Johor 2021.

Semua 29 ADUNkerajaan dan 27 pembangkang dijangka meluluskan belanjawan itu apabila sesi undian berlangsung Ahad ini, kata Menteri Besar, Hasni Mohammad.

Katanya, berdasarkan gambaran dan penelitiannya terhadap sesi perbahasan yang berakhir semalam, tidak ada sebarang perkara yang menjadi isu penghalang untuk belanjawan itu diluluskan.

“Apa yang saya dengar cadangan penambahbaikan dan memperkukuhkan lagi belanjawan…daripada pembangkang mahupun kerajaan.

“Pada saya, sebagai wakil rakyat, apa yang penting belanjawan ini adalah untuk membantu rakyat yang susah,” kata beliau.

“Saya rasa tidak ada pihak yang akan menolak belanjawan ini. Tidak kira sedikit atau banyak, (semua peruntukan) adalah untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada FMT.

Belanjawan Johor 2021 bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” dibentang oleh Hasni Khamis lalu dan hari ini akan menyaksikan ucapan penggulungan oleh semua pengerusi Jawatankuasa Tetap Negeri.

Hasni akan menyampaikan ucapan penggulungan Ahad ini sebelum sesi undian belanjawan diadakan. Ia juga akan disertai oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selaku ADUN Gambir.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/04/mb-johor-yakin-wakil-kerajaan-pembangkang-tiada-masalah-lulus-belanjawan-negeri/