Maut jatuh gaung ketika daki Bukit Banang

Maut jatuh gaung ketika daki Bukit Banang

Batu Pahat: Wanita maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki di Bukit Banang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, dalam kejadian jam 11.34 pagi itu, mangsa, Aina Nabilah Yusof, 20, terjatuh ke gaung sedalam 80 meter.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti berbasikal sebelum menyambung aktiviti mendaki sempena cuti umum Deepavali bersama seorang lagi rakan.

“Ketika kejadian terdapat juga pendaki lain dan ternampak mangsa terjatuh sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayat dibawa naik pada jam 3.46 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 16 anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Pahat dan BBP Penggaram dihantar ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.18 petang, katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/641722/maut-jatuh-gaung-ketika-daki-bukit-banang