Mat Sabu mohon Parlimen kembali bersidang

Mat Sabu mohon Parlimen kembali bersidang

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kembali membuka Parlimen.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, beliau menyuarakan pendapat untuk Parlimen kembali bersidang dalam pertemuannya bersama Seri Paduka Baginda selama sejam.

“Saya minta supaya Parlimen dibuka semula, kembali bersidang, kita boleh ambil contoh di negara United Kingdom, semasa pandemik paling teruk, sidang Parlimen semakin kerap diadakan kerana rakyat hendak tahu apa program kerajaan untuk mengatasi Covid-19 ini, tidak seperti di negara kita, kes Covid-19 teruk, tetapi Parlimen tutup.

“Buat masa sekarang semuanya terserah kepada Seri Paduka Baginda untuk membuka Parlimen atau tidak,” katanya kepada pemberita di Pintu 2 Istana Negara di sini hari ini.

Jelasnya lagi, segala hujahnya sudah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini terpulang kepada budi bicara dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda untuk bertindak. – K! ONLINE

COMMENTS