MasyaAllah !!! Muslimah Norway rela tidak bersalaman meskipun dengan Putera Raja

MasyaAllah !!! Muslimah Norway rela tidak bersalaman meskipun dengan Putera Raja

MasyaAllah !!! Muslimah Norway rela tidak bersalaman meskipun dengan Putera Raja. Insiden berlaku baru – baru ini di Masjid Norway yang menggoncang media Barat. Bakal raja Norway, Crown Prince Haakon melawat Masjid Baerem yang terselamat daripada serangan tembkan beramai – ramai tempoh hari.

MasyaAllah !!! Muslimah Norway rela tidak bersalaman meskipun dengan Putera Raja

Beliau kemudian menghulurkan tangan untuk menjabat pelawat Masjid, termasuklah seorang Muslimah. Muslimah tersebut secara sopan menolak, sebaliknya beliau meletakkan tangan di atas dada beliau sebagai simbol penghormatan alternatif.

Putera raja tersebut kemudian menyedari gerak tu buh itu dan kemudian memberikan penghormatan kepada Muslimah lain dengan cara yang sama, iaitu dengan meletakkan tangannya di atas dada! Demikianlah HEBATNYA muslimah di Norway!

MasyaAllah !!! Muslimah Norway rela tidak bersalaman meskipun dengan Putera Raja

Sudah pasti, media ant1–Islam kemudian menjadikan kesalahfahaman budaya yang kecil ini dan menjadikannya suatu serngan besar – besaran ke atas Muslim dan polisi imigrasi. Apatah lagi, pilihan raya akan diadakan dalam masa dua minggu saja lagi.

Memberi komen tentang peristiwa ini, Dr Waleed Hakeem mengongsikan pengalaman beliau berinteraksi dengan seorang rakan Jepun. Setelah lama tidak berjumpa, Dr Waleed mendepakan tangannya untuk meme luk rakannya itu, sebagaimana dalam budaya Arab.

Lelaki Jepun itu bagaimanapun menolak dengan hormat perbuatan itu kerana dalam budaya beliau, dua lelaki yang menyentuh satu sama lain dipandang bu r0k! Sebagai ganti, beliau menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Begitulah budaya masyarakat Jepun.

Dr Waleed pula menjelaskan bahawa dalam agama beliau, umat Islam tidak dibenarkan tunduk kepada sesiapa saja selain Tuhan. Maka beliau menganggukkan kepada sambil meletakkan tangan di dada, iaitu gaya tu buh yang sama yang dilakukan Muslimah ke atas putera raja Norway itu.