Masalah teknikal bukannya kebakaran

Masalah teknikal bukannya kebakaran

Kuala Lumpur: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Yang Dipertua Datuk Azhar Azizan Harun menempohkan sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi pada 10.18 pagi.

Katanya, Bahagian Keselamatan Parlimen telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku.

“Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulillah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kesemua Ahli Parlimen mematuhi arahan untuk keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/648067/masalah-teknikal-bukannya-kebakaran