Manfaat & tingkatkan peranan anak muda di sektor Pertanian

Bajet 2021 telah dibentang oleh YB Menteri Kewangan pada jumaat lalu dan kini sedang dibahaskan.
Bagi sektor pertanian, kita berpeluang untuk meraih/merebut peluang melalui peruntukan dan insentif yang diumumkan. Apa yang diimpikan memang tidak mudah dicapai kerana ujian dan cabaran tetap berlaku yang diluar dari perancangan kita dan atas ketentuan Allah.
Justeru, masyarakat tani mesti terus bergerak kehadapan dan memposisikan diri dalam membina networking di seluruh negara. Kerjasama strategik dengan Kerajaan Pusat dan Negeri khususnya agensi berkaitan harus diperkukuh disamping pemain industri diberbagai peringkat.
Susulan kerjasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Kejora, Jabatan Pertanian, FAMA dan FGV Holding seperti yang kita telah buat sebelum ini, akan disusuli lagi dengan pelan tindakan yang memberi lebih manfaat kepada golongan sasar.
Memahami situasi Covid 19 dan polisi berkaitan yang mesti dipatuhi tidak sekali kali melemahkan kita. Ikhtiar dan solusi dengan norma baru akan terus dilaksanakan.
Samada cash crops yang memberi pulangan segera, tanaman lain dan kegiatan hiliran akan menambah pendapatan dan peluang pekerjaan.
Penerokaan baru berasaskan R&D dengan Mardi dan Kumpulan Penyelidik/Profesional di Universiti dan lainnya akan diberi tumpuan. Ia bagi mempastikan hasil tanaman/produk ada nilai tambah dan sustain, selari dengan pendekatan di negara maju.
Penglibatan anak muda dalam sektor pertanian, tidak sampai 15 peratus dan amat rendah. Persepsi bahawa pertanian adalah memenatkan, kotor dan berpendapatan rendah kekal sebagai pegangan apatah lagi motivasi khususnya di peringkat sekolah lebih tertumpu cita cita sebagai seorang profesional, berbanding kerjaya petani yang didakwa ‘ tiada masa depan’.
Justeru, melahirkan petani moden berteknologi tinggi harus di mulakan oleh golongan muda. Peranan Kerajaan melalui insentif modal & kerenah birokrasi yang membosankan; harus diatasi segera.
Ia suatu solusi kepada isu kehilangan pekerjaan yang besar akibat Covid 19. Jika kombinasi agensi kerajaan, Ngo2 dan Usahawan yang telah berjaya di sinergikan; maka kehilangan pekerjaan dan keberdayaan anak muda dalam sektor pertanian dapat diatasi wakaupun memakan masa.
Jangan terlalu banyak berteori dan retorik. Membuang masa dan wang ringgit. Pelaksanaan dari perancangan atau mekanisme mesti disegerakan. Jika tidak tanggapan ‘lembab dan lambat’ sentiasa kekal sampai bila bila.
Moga usaha kita diberkati Allah.
#pertanianadalahkerjaya
Datuk Mazlan Aliman
Ngo Pertubuhan Gerak Tani