Malaysia gagal berperanan dikala umat Islam dihimpit kesengsaraan

Malaysia gagal berperanan dikala umat Islam dihimpit kesengsaraan

Malaysia gagal berperanan dikala umat Islam dihimpit kesengsaraan. Musibah menimpa Negara Palestin kini semakin dilupai oleh banyak negara disebabkan tekanan oleh pengaruh Israel dan Amarika Syarikat.

Lebih malang lagi apabila negara jiran Palestin yang terdiri dari negara negara Islam, berdiam diri terhadap penindasan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dari rejim zionis Israel.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) turut semakin membisu dari memberi respon terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.

Hanyalah badan sukarelawan dan NGO seperti Amnesty International, Human Rights Watch, dan BDS Movement (sekadar menyebut beberapa nama) yang masih lantang bersuara berkenaan isu kesangsaraan rakyat Palestin.

Dengan isu pertembungan antara Russia dan NATO di Ukraine, pendemik Covid-19, semakin mengalih tumpuan dunia terhadap isu menimpa rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, rejim Zionis Israel terus menerus memusnahkan dan merampas rumah penduduk Palestin di Jerusalam dengan perkampungan Sheikh Jarrah menjadi sasaran utama.

Dunia barat yang kebanyakannya pro Israel lebih berminat dengan masalah yang timbul di Eropah, dengan apa yang dipanggil “ancaman Rusia” kerana semua negara di Eropah sedang bersiap sedia untuk perang langsung dengan Rusia.

Negara-negara Islam Arab masih terpaksa menghadapi kesan perang Syria ditambah dengan makin panasnya permusuhan antara Yaman dan negara-negara Arab Teluk termasuk kerajaan Arab Saudi.

Peperangan yang berterusan antara Yaman dan sekutu Arab Saudi telah membazirkan banyak sumber negara Islam selain telah merosakkan hubungan antara negara-negara Islam.

Pada masa seperti ini, Malaysia yang pernah memainkan peranan utama untuk bersuara untuk rakyat Palestin harus memikul semula tanggungjawab besar itu.

Dengan mendakwa kerajaan Malaysia hari ini sebagai kerajaan Melayu-Islam yang hebat, Malaysia mesti memenuhi tuntutannya sendiri untuk memperjuangkan nasib umat Islam Palestin yang tertindas di persada dunia.

Malangnya, pergaduhan sesama sendiri dalam kerajaan gabungan besar Melayu Islam telah mengabaikan rakyat Malaysia sendiri dalam menghadapi banjir baru-baru ini, jika itupun gagal apatah lagi untuk membela rakyat Palestin.

Umat ​​Islam di Malaysia amat kecewa dengan keadaan kerajaan yang kini tidak dapat menjaga rakyat sendiri apatah lagi untuk bersuara untuk rakyat Palestin yang telah lama menderita.

Amat malang untuk Malaysia, daripada menjadi peneraju masyarakat Islam sedunia melalui OIC – Pertubuhan Negara-negara Islam, pada tahun 60-an, Malaysia hari ini telah tenggelam dalam kealpaan malah gagal untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia.

Kebelakangan ini ada tanda tanda Malaysia, dengan menyertai EXPO Dubai yang di sertai Israel tampa kehadiran Palestin yang menarek diri, akan mengikut jejak negara Arab Teluk menjalin hubungan dan mengiktiraf Israel.

Sehingga ada penyelamat baru datang untuk membela nasib rakyat Malaysia, sedihnya rakyat Palestin dan Yaman yang telah lama menderita perlu terpaksa bertahan sendirian dahulu, sementara rakyat Malaysia sendiri sedang mencari cari pemimpin yang boleh menarik keluar negara dari kekacauan yang amat dahsyat yang dialaminya hari ini supaya boleh membantu umat Islam dunia yang tertindas.

Ini adalah keadaan yang menyedihkan umat Islam dunia hari ini tanpa pemimpin yang teguh yang kuat untuk menjadikan negara-negara Islam kuat dan boleh dibanggakan semula.

Kerajaan Malaysia hari ini yang mengakui diri Kerajaan Melayu Islam hanya kaya dengan janji manis dan simbolism semata mata sementara hakikat sebenarnya adalah “indah khabar dari rupa” yang makin kelihatan kejelekan diri sebenarnya.