Mahkamah syariah sudah menjadi “besar tali dari berok”

Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang mengisytiharkan Sek 28, Enakmen Jenayah Syariah ( Selangor )1995 yang memperuntukkan kesalahan liwat/seks luar tabii sebagai satu kesalahan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagai tidak konsisten dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan memberi kesan yang besar kepada banyak lagi kesalahan kesalahan yang lain yang diperuntuntukkan di bawah enakmen yang sama atau yang seumpamanya yang juga sedang berkuatkuasa di mahkamah mahkamah syariah negeri lain di Malaysia.
Selain kesalahan seks luar tabii, kesalahan kesalahan seperti berjudi, pelacuran, sumbang mahram, melarikan isteri orang dan beberapa kesalahan lain lagi dalam enakmen enakmen jenayah syariah negeri negeri juga terdedah kepada ketidak absahan dan terbatal kerana kesalahan kesalahan ini telah termaktub dalam Kanun Keseksaan dan mana mana Undang Undang Persekutuan yang lain.
Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin membuka satu ” ancaman” baru kepada bidangkuasa jenayah di mahkamah syariah dan cadangan memperkasakan mahkamah syariah melalui peningkatan kadar hukuman seperti yang pernah dihebohkan melalui RUU 355 ( menaikkan jumlah hukuman daripada denda RM5000, penjara 3 tahun dan sebat 6 kali kepada denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali) menjadi semakin sia sia apabila mahkamah syariah sudah menjadi ” besar tali dari berok” @ “timbanya kecik talinya besar”, di mana bidangkuasa jenayah di mahkamah syariah semakin menjadi kecil dan sempit dan kadar hukumannya semakin dibesarkan dan dinaikkan.