Mahkamah arah anak Najib bayar cukai RM13.1 juta

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan anak Najib Razak, Mohamad Nizar membayar cukai tertunggak sebanyak RM13.1 juta sepanjang tempoh tujuh tahun bermula 2011.

Dalam penghakiman berrtulis 14 halaman bertarikh 25 September, Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah memutuskan bahawa seseorang itu mesti terlebih dahulu membayar cukai tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum mengajukan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Portal berita The Edge Markets melaporkan dalam keputusannya, Julie Lack berkata, tidak ada isu-isu yang boleh dibicarakan dalam saman berkenaan dan ia juga antara lain, tidak mempunyai had masa (not time-barred) yang ditetapkan.

Penghakiman itu adalah berhubung permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus ke atas Nizar.

Mengikut undang-undang, pihak dalam saman tersebut boleh memohon untuk penghakiman terus, dengan hakim boleh memberi keputusan tanpa mengadakan nperbicaraan penuh.

Dalam membuat keputusan itu, Julie Lack berkata, dia berpandukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penghakiman terus kepada LHDN yang mengemukakan tuntutan saman cukai bernilai RM1.69 bilion ke atas Najib.

“Mahkamah ini mendapati

KUALA LUMPUR 25 APRIL 2018. Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib menjawab soalan media ketika temubual. NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

bahawa hujah yang sama digunakan dalam kes kerajaan Malaysia vs Datuk Seri Najib Razak.

“Justeru, saya dengan rendah hati akan menggunakan alasan oleh Hakim Ahmad yang menjelaskan alasan mengapa peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA) tidak melanggar kuasa mahkamah,” katanya sambil memetik sebahagian daripada keputusan bertulis hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Bache.

Sumber berita : https://www.malaysiakini.com/news/551597