Lima termasuk empat sekeluarga rentung dalam kebakaran

Lima termasuk empat sekeluarga rentung dalam kebakaran

Lima termasuk empat sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 3.56 pagi.

“Seramai 34 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat seorang lelaki warga Kemboja di sebuah rumah manakala empat sekeluarga termasuk seorang wanita Kemboja dan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di sebuah rumah lagi,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, sederet rumah setingkat berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya.

Sumber Berita : https://www.sinarharian.com.my/article/108363/BERITA/Tragedi/Empat-sekeluarga-antara-lima-rentung