Lima individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki dibawa arus

Lima individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki dibawa arus

Lima individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki dibawa arus.

Lima individu berdepan detik cemas apabila sebuah kereta kenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka dibawa arus banjir di Kampung Dingkir Inas, di sini petang semalam.

Pegawai Operasi Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Abdul Halim Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 5.36 petang.

Lima individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki dibawa arus

KEADAAN sebuah kereta Toyota Avanza yang dibawa arus banjir dalam kejadian di Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah.

“Sebuah kereta jenis Toyota Avanza dipercayai dibawa arus banjir Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah petang tadi.

“Bagaimanapun, pihak bomba dan orang awam berjaya menyelamatkan dua orang wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan berkenan,” katanya.

Menurut Abdul Halim, mangsa yang terlibat telah dihantar ke penempatan sementara di Kampung Dingkir menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan jentera dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).