Lena tidur di tengah panas, ibu minta maaf tak mampu beri tempat selesa buat anak

Lena tidur di tengah panas, ibu minta maaf tak mampu beri tempat selesa buat anak. Sebagai seorang ibu, pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
Bagaimanapun, kadang kala keadaan dan ujian membuatkan seorang ibu terpaksa berteman air mata apabila melihat anak-anak tidak melalui kehidupan seperti orang lain.
Itulah yang dirasa seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nuruleifa9543 apabila berkongsi rasa bersalah nelihat anak-anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik dapat dilihat beberapa orang anaknya sedang tidur di kawasan lapang beralaskan tikar berserta selimut tebal.
Dalam perkongsian tersebut, ibu turut meminta maaf kepada anaknya memandangkan dia tidak mampu memberikan tempat tidur yang selesa buat mereka.
“Ya Allah ya Tuhan ku. Kesiannya kat anak-anakku Along Angah dan adik mama minta maaf sebab mama tak dapat nak bagi dekat anak-anak mama tempat tidur yang selesa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, dia telah dihalau dari rumahnya empat bulan lalu malah dia juga cuba mencari kerja yang disertakan tempat tinggal namun hampa.
Berkongsi lebih lanjut, dia memaklumkan bahawa dirinya kita hanya menjual tisu bagi menyara anak-anaknya ketika ini.
Rata-rata warganet bersimpati akan nasib mereka sekeluarga. Malah, ada juga yang menawarkan pekerjaan buat wanita berkenaan berserta tempat tinggal selain bertanya dimana lokasi mereka berada.
Bagaimanapun, ada juga yang ragu-ragu akan kenyataan wanita berkenaan memandangkan terdapat beberapa soalan dari warganet yang tidak dijawab.
Turut baca
- Lagak macam gangster, pakcik berkopiah tak puas hati dihon pemandu jalan raya