Lemah!!! Kena cubit dengan isteri, suami merajuk sampai pandang dinding, ini komen netizen

Lemah!!! Kena cubit dengan isteri, suami merajuk sampai pandang dinding, ini komen netizen

Lemah!!! Kena cubit dengan isteri, suami merajuk sampai pandang dinding, ini komen netizen.

Bab-bab merajuk dengan pasangan ini orang perempuan sememangnya sangat pakar bab itu. Malah, kadang kala dia punya merajuk itu sampai orang lelaki mengalah untuk memujuknya lagi kerana semua perkara tak jalan.

Bagaimanapun, lain pula yang dikongsikan oleh pengguan TikTok dikenali sebagai Fiqahamir ini apabila memaparkan gelagat suaminya yang merajuk.

Dalam video dimuat naik itu, dapat dilihat lelaki berkenaan sedang mencangkung mengadap ke dindang.

Malah, Fiqahamir juga dilihat telah berusaha memujuk lelaki berkenaan dengan menyatakan bahawa kelakukannya itu akan menjadi tontonan ramai.

Tidak mengedahkan akan pujukan tersebut membuatkan Fiqahamir membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya yang sedang merajuk mengadap ke dinding itu.

Menurut Fiqahamir, ini bukan kali pertama suami berkelakuan seperti itu namun dia tetap okay sahaja akan rajuk suaminya.

Rata-rata terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah, mereka turut berseloroh bahawa orang lelaki kalau merajuk biasanya akan melebihi orang perempuan.