Lelaki tikam perut sendiri selepas simbah isteri dengan air panas

Lelaki tikam perut sendiri selepas simbah isteri dengan air panas

Lelaki tikam perut sendiri selepas simbah isteri dengan air panas. Seorang lelaki menyiram isterinya dengan air panas sebelum menikam dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, kelmarin.

Lelaki tikam perut sendiri selepas simbah isteri dengan air panas

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam, pasangan yang baru berkahwin beberapa bulan lalu itu dikatakan bergaduh akibat masalah kewangan yang dihadapi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman, berkata sebelum kejadian mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan sedang menjerang air di dapur rumahnya.

Bagaimanapun katanya, berlaku pertengkaran antara mereka dan suami mangsa yang berusia 41 tahun terus mengambil cerek air dan menyimbah ke arahnya.

“Akibat kejadian itu, mangsa melecur di bahagian bahu dan tangan kiri.

“Suspek juga dikatakan terus mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menikam perut sendiri,” katanya ketika dihubungi.

George berkata, siasatan mendapati, selama berkahwin, suspek sering ditendang dan ditampar oleh mangsa apabila bertengkar mengenai masalah kewangan.

“Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan itu dipercayai menyebabkan suspek gagal mengawal emosi,” katanya.

Sementara itu, George berkata, setakat ini, mangsa dan suspek masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan Seksyen

 

Turut baca