Lelaki pukul penunggang basikal diburu polis

Lelaki pukul penunggang basikal diburu polis

Lelaki pukul penunggang basikal diburu polis. Polis sudah mengenal pasti suspek yang didakwa memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat, berhampiran AEON Mall Seri Manjung, Jalan Seri Manjung, Perak.

Lelaki pukul penunggang basikal diburu polis

Ketua Polis Daerah Manjung Nor Omar Sappi, berkata ia susulan pihaknya mengesan sebuah video tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna biru bertindak memukul penunggang basikal terbabit.

Hasil siasatan awal, Omar berkata, kenderaan yang dinaiki suspek adalah milik seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung, Perak.

“Menurut pemilik kenderaan tersebut, keretanya telah dipinjam oleh rakannya (suspek) pada 13 Mac 2022,” katanya.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warga asing masih belum tampil membuat laporan polis dan sehingga kini identitinya tidak dapat dikenal pasti.

Dalam rakaman video yang tular itu, tidak diketahui punca kepada berlakunya insiden berkenaan dengan mangsa kelihatan diserang oleh suspek menggunakan objek menyerupai besi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

Turut baca