Lelaki penggal, bunuh ibu tiri direman tujuh hari

Lelaki penggal, bunuh ibu tiri direman tujuh hari

Lelaki penggal, bunuh ibu tiri direman tujuh hari. Seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu tirinya dengan memenggal kepala mangsa menggunakan sebilah parang sehingga putus di Kampung Batu Machang, di sini petang semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Lelaki penggal, bunuh ibu tiri direman tujuh hari

Perintah reman sehingga 22 Februari depan itu dikeluarkan oleh Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan, Zaman Mohd. Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Berita berkaitan : Kejam!!! Ibu mati dipenggal anak tiri

 

Turut baca