Lelaki durjana… Cabul budak perempuan 8 tahun tepi tali air berjaya dibekas

Lelaki durjana… Cabul budak perempuan 8 tahun tepi tali air berjaya dibekas

Lelaki durjana… Cabul budak perempuan 8 tahun tepi tali air berjaya dibekas. Seorang lelaki ditahan selepas disyaki dua kali mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi tali air di Kampung Telok Merbau, Perupok, Bachok, Kelantan, sejak seminggu lalu.

Lelaki berusia 20 tahun itu dicekup di rumahnya semalam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 33 tahun.

Lelaki durjana... Cabul budak perempuan 8 tahun tepi tali air berjaya dibekas

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ibu mangsa mengetahui kejadian itu selepas sepupu anaknya berusia tujuh tahun memaklumkan kepadanya.

Katanya, berdasarkan keterangan ibunya, suspek datang ke rumah nenek kanak-kanak itu di Kampung Telok Merbau, ketika mangsa sedang bermain di kawasan berkenaan minggu lalu.

 

Turut baca

 

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai memegang beberapa anggota badan dan kemaluan mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek melakukan perbuatan sama selepas mengajak mangsa ke kawasan tali air semalam.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada sepupunya sebelum kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepada ibu mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, siasatan mendapati mangsa tidak mengenali suspek, namun pernah melihat lelaki itu di rumah neneknya kerana berkawan dengan anak saudara ibunya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah. Suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.