Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah

Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah

Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah.

Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu sebuah kereta mewah jenis McLaren yang diparkir di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Gelang Off Jalan Sungai Besi di sini pada Isnin.

Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah

Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu sebuah kereta mewah jenis McLaren.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian tersebut pada jam 6.42 petang.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun beralamat di Klang Selangor.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang ke tempat kejadian mengesahkan tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noor Dellhan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara siasatan dijalankan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 petang.

Sebuah jentera bersama pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pudu yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut yang berada dalam keadaan berkunci.