Lelaki dikecam netizen, curi wang dijambangan dipegang pengantin lelaki

Lelaki dikecam netizen, curi wang dijambangan dipegang pengantin lelaki

Lelaki dikecam netizen, curi wang dijambangan dipegang pengantin lelaki.

Seorang lelaki di India dikecam netizen kerana mencuri wang daripada jambangan yang dipegang oleh seorang pengantin lelaki ketika acara pernikahan sedang berlangsung, lapor program berita Liputan 6 semalam.

 Lelaki dikecam netizen, curi wang dijambangan dipegang pengantin lelaki

Berdasarkan klip video yang tular, seorang lelaki dilihat duduk di sebelah pengantin lelaki yang ketika itu memegang jambangan wang.

Turut baca

Pencuri tersebut secara bersahaja menghulurkan tangannya dan ‘menarik’ beberapa keping wang kertas dengan pantas tanpa disedari oleh pengantin lelaki, lalu memasukkannya ke dalam poket seluarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna.

“Video ini perlu diletakkan di skrin layar ketika acara perkahwinan berlangsung,” komen seorang netizen.

“Anda tidak seharusnya mendapat rakan seperti itu dalam hidup,” kata seorang lagi pengguna.