Lelaki berdepan detik cemas, sempat berpaut pada pokok lepas bot terbalik

Lelaki berdepan detik cemas, sempat berpaut pada pokok lepas bot terbalik

Lelaki berdepan detik cemas, sempat berpaut pada pokok lepas bot terbalik. Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila bot yang dinaikinya terbalik di Kampung Serungga di sini semalam.

Lelaki berdepan detik cemas, sempat berpaut pada pokok lepas bot terbalik

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, lelaki berusia 50-an itu sempat berpaut pada sedang pokok untuk mengelak daripada dihanyutkan arus banjir.

Ketua Operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hafiezul Abdul Halim berkata, lelaki itu berjaya diselamatkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurutnya, mangsa kemudian terus dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di sini.

“SMART telah turun ke lapangan untuk membantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas menjalankan operasi menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad Hafiezul memberitahu, sebelum itu, pihaknya telah turun membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang.

 

Turut baca