Laungan ‘undur Zahid’ bergema di Menara Dato’ Onn

Laungan ‘undur Zahid’ bergema di Menara Dato’ Onn

Laungan ‘undur Zahid’ bergema di Menara Dato’ Onn. Laungan ‘undur-undur, undur Zahid’ terus bergema di Menara Datuk Onn apabila kira-kira 20 orang penyokong parti itu berkumpul bagi meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan.

“Bukan kita tidak sayang Ahmad Zahid, kita hormati dia tetapi seseorang perlu ‘pay the price’. Dalam hal ini, beliau kena ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kegagalan BN buat kali kedua,” katanya.

Setakat kini, keadaan di Menara Dato’ Onn masih ramai dengan para media yang menunggu perkembangan terkini mengenai hala tuju UMNO BN sama ada ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.