“Lauk kampung je pon!”- Netizen pertikai nasi campur harga ‘kayangan’

“Lauk kampung je pon!”- Netizen pertikai nasi campur harga ‘kayangan’

“Lauk kampung je pon!”- Netizen pertikai nasi campur harga ‘kayangan’. Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan harga makanan nasi campur yang diambil sekumpulan lelaki, namun harganya yang ‘level kayangan’ telah menarik perhatian ramai!.

Ada yang cuma mengambil nasi, sedikit sayur dan seekor ikan, harganya mencapai RM14.50? Sangat tak masuk akal bukan?

"Lauk kampung je pon!"- Netizen pertikai nasi campur harga 'kayangan'

Menerusi perkongsian @raidafiqz di Tiktok, dia dan rakan-rakannya telah makan di sebuah kedai nasi campur popular di Tanjung Malim.

Namun begitu, apabila mereka menerima bil makanan, masing-masing sangat terkejut melihat harga yang diberi oleh tuan kedai memandangkan ianya sangat mahal dari kebiasaannya.