“Last day…” Diskaun saman trafik 50% sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

“Last day…” Diskaun saman trafik 50% sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

“Last day…” Diskaun saman trafik 50% sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Polis menawarkan potongan diskaun sehingga 50% bayaran saman trafik terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak.

Ketua Polis Perak Tengah Barudin Wariso, berkata diskaun saman trafik 50% ditawarkan kepada orang ramai sehingga esok, sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak.

Ketua Polis Perak Tengah Barudin Wariso, berkata bayaran boleh dibuat di kaunter diskaun saman trafik di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, bermula semalam hingga Ahad, dari 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, pihaknya hanya menawarkan diskaun 50% bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.

“Pengecualian diskaun turut membabitkan saman berkaitan ubahsuai ekzos, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah dan memotong secara berbahaya atau potong barisan selain menggunakan lorong kecemasan serta saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya mengesan satu gambar di media sosial yang diubah suai dengan maklumat palsu dan mengelirukan, semalam, yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Penjelasan ini bagi memastikan masyarakat tidak terkeliru dengan iklan palsu itu,” katanya.

Gambar iklan palsu berkenaan tidak meletakkan lokasi kaunter bayaran dan diskaun kompaun membabitkan semua saman yang dikecualikan.