Lapan pegawai imigresen didakwa di enam negeri

Lapan pegawai imigresen didakwa di enam negeri

PUTRAJAYA – Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Selat sebelum ini akan didakwa di enam negeri berasingan mulai esok dan Rabu ini.

Menurut sumber, dua pegawai Imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan di Mahkamah Sesyen Johor.

“Selain itu, masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.

“Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, mereka bakal dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.

Pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2020/12/13/lapan-pegawai-imigresen-didakwa-di-enam-negeri/