Lakonan tidur sekatil, drama Melayu ini undang kecaman orang ramai

Lakonan tidur sekatil, drama Melayu ini undang kecaman orang ramai

Lakonan tidur sekatil, drama Melayu ini undang kecaman orang ramai.

Babak pasangan pelakon di atas katil dengan tangan wanita di atas perut lelaki dalam satu penerbitan drama tempatan mengundang kecaman orang ramai.

Rata-rata warganet menyifatkan babak tersebut keterlaluan sekalipun memegang watak suami isteri.

“Zaman sekarang dunia dah nak akhir zaman, berlakon tidur sekatil pun rapat-rapat dah macam suami isteri, tak kisah dah, mengalahkan luar negara dah,” kecam June Julia.

Khairul Nizam pula menulis, “Dah lama tertanya-tanya. Macam manalah agaknya yang kahwin dengan artis tu bila tengok pasangan dia belakon peluk-peluk macam ni.”

Soalan sama juga dilontarkan Sarah Nadia, “Bini tak marah ke perempuan lain baring kat lengan laki dia, pastu tangan pula atas perut. Yang perempuan pula, laki dia tak marah ke bini boleh baring macam tu?”

Sementara itu, Suriana Mohamed berkata, “Kenapa luluskan babak-babak yang sebegini? Dah tiada tapisan sekarang” manakala Amy Shuhaimi dengan nada sindiran, “Untunglah tua-tua, boleh peluk-peluk.”

Drama itu dianggap memalukan dengan pelakon wanita berpakaian tidak cukup kain.

“Drama ni memang tak malu langsung ke dengan pelakon seksi nampak lurah dendam, kaki sampai pangkal paha,” kata Hasliza Hassan.