Lain macam MB Kedah

Lain macam MB Kedah

Belumpun menjangkau setahun, Tuan Haji Sanusi ( THS), MB Kedah ke-14 yang baru telah banyak buat hal. Aktivis PAS yang giat bergerak dalam masyarakat selama ini, kini menjadi tumpuan kawan dan lawan sejak menyandang kerusi nombor satu Kedah menggantikan Mukriz Mahathir. Beliau diserang dari pelbagai penjuru. Namun dibalasnya dengn lawak dan ilmu.

Orang Kedah memang suka buat lawak. Semasa aku belajar di Utara dulu, sahabat aku memang ramai orang Kedah. Jangan pelik tengok watak orang Kedah. Ada yang kelihatan bengis atau nampak bengis atau cengei air mukanya, tapi pandai buat lawak dan menghiburkan.

THS ini kelihatan begitu juga. Sahabat seperjuangan di Utara tentu lebih arif tentang perwatakan beliau. Sifatnya yang signifikan itu, menjadikan musuh-musuh politik kelihatan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.

Lawaknya apabila THS ‘nak’ sekat laluan air Sungai Muda daripada mengalir ke Pulau Pinang. Tak pernah dibuat orang. Bercelotehlah beliau konon rakyat Kedah boleh menambak laluan sungai tersebut apabila dikerah. Aku ketawa seorang diri. Tetapi tidak bagi orang ‘berpelajaran’ di Pulau Pinang. Menggelupur bukan kepalang. Kalau digeletek dengan lawak-lawak yang berterusan, silap-silap dihantar ke Tanjung Rambutan. (Kah! Kah! Kah!)

Marah betul suku-sakat DAP. Itu belum THS kata Kedah nak tuntut semula Pulau Pinang menjadi miliknya. Tinggal seluar dalamlah jawabnya Ketua Menteri.

Aku cadangkan Pulau Pinang cepat-cepat bayar pampasan air kepada Kedah seperti mana Selangor bayar kepada Pahang dan Melaka bayar kepada Johor. Jika terlambat, dikhuatiri Ketua Menteri dan suku-sakat DAP terpaksa mandi air kolam yang dicemari najis babi.

Bab kuil Hindu lagi satu hal. Cengei tak kurang THS apabila diusik dengan gertakan. Tetapi melawannya bukan dengan boxing Siam. Simple dan jelas dengan hujah perundangan. Menjadikan lawan yang menjawab menongkah undang-undang.

Bukan calang-calang MB berani begini. Biasanya orang politik, bahasanya banyak berbasa-basi. Kebanyakannya lebih memilih menjaga sokongan, jawatan dan undi. Tetapi nampaknya THS bukan sebarang orang; bukan pemimpin yang bishe-bishe, masih berdarah muda, bersemangat dan tangkas. Aku percaya atas keberanian kerana benarnya, isu pembinaan tempat ibadat tidak mengikut peruntukan undang-undang akan dapat diselesaikan. Dan ini boleh menjadi tindakan teladan oleh semua pihak berkuasa tempatan. Tahniah Sanusi. (Yang anehnya, ada bahlol Melayu dari negeri antah-berantah yang membela kuil yang dibina bercanggah dengan peraturan ini.)

Itulah Tuan Haji Muhamad Sanusi Md Nor. Sosok inilah juga selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya menyelesaikan tahi hutang Presiden terdahulu sebanyak RM10 juta hanya setelah mengambil alih jawatan tersebut dalam masa 6 bulan. Ditanya di sidang DUN Kedah, “dari mana hang dapat duit bayar hutang?” Dijawabnya, “awat hang tanya. Kenapa hang tak tanya bagaimana hang buat hutang?” Kan padu pertanyaan balas tu. (Kah!Kah!Kah!)

Teruskan Sanusi dengan lawak dan cengei hang. Hidup ini perlu ada keberanian dan sekali-sekala hiburan. Berani kekuatan kita, kecut di hati orang. Hibur bagi kita, sakit di hati orang.Yang pasti, tuan tidak keseorangan.

Aku tutup tulisan kali ini dengan ayat 139, surah ali Imran:
وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah (pula) kamu bersedih hati (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

Sumber : https://web.facebook.com/mampu.centre/