Lahirnya seorang Ulama Agung

Lahirnya seorang Ulama Agung

LAHIRNYA SEORANG ULAMA AGUNG….

PADA HARI INI DALAM TAHUN 1931 LAHIRLAH TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.

ALLAHHUROBBI…SEGAKNYA TOK GURU KITA MASA MUDAΒ² DAHULU.

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 10 Januari 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Dilahirkan Pada 10 Januari 1931 Di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan…Bapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Pula Bernama Haji Nik Mat Bin Raja Banjar Bin Raja Abdullah Bin Raja Mamat.

PENGAJIAN…
1. Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2. Universiti Deoband India
3. Universiti Lahore Pakistan
4. Universiti Al Azhar
5. Sarjana Muda bahasa Arab
6. Sarjana Perundangan Islam

Ketika berusia 9 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

π‘°π’π’π’‚π’π’Šπ’π’π’‚π’‰π’Š π’˜π’‚ π’Šπ’π’π’‚ π’Šπ’π’‚π’Šπ’‰π’Š π’“π’‚π’‹π’Š’𝒖𝒏
Ψ§ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‡ ΩˆΩŽΨ§ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§Ψ§ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ’Ω†ΩŽ ۞

β€œπ‘¨π’π’π’‚π’‰π’–π’Žπ’Žπ’‚π’ˆπ’‰ π’‡π’Šπ’“π’π’‚π’‰π’– π’˜π’‚π’“π’‰π’‚π’Žπ’‰π’– π’˜π’‚`π’‚π’‡π’Šπ’‰π’Š π’˜π’‚`𝒇𝒖`𝒂𝒏𝒉𝒖”
“𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉, π’‚π’Žπ’‘π’–π’π’Šπ’π’‚π’‰ π’…π’π’”π’‚π’π’šπ’‚, π’ƒπ’†π’“π’Šπ’π’‚π’‰ π’“π’‚π’‰π’Žπ’‚π’•π‘΄π’– π’Œπ’† π’‚π’•π’‚π’”π’π’šπ’‚, 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂 𝒅𝒂𝒏 π’Žπ’‚π’‚π’‡π’Œπ’‚π’π’π’‚π’‰ π’…π’Šπ’‚.”

AL FATIHAH…

بِسْــــــــمِ Ψ§ΩŒΩ„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§ΩŒΩ„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ΩΩ ۞
Ψ§ΩŽΩ„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω ِللهِ Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ Ψ§Ω„ΨΉΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†ΩŽ ۞ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†ΩΨ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω ۞ Ω…ΩŽΨ§Ω„ΩΩƒΩ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ―ΩΩ‘ΩŠΩ†Ω ۞ Ψ₯ΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩΨ―Ω وΨ₯ΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨ³Ω’ΨͺΩŽΨΉΩΩŠΩ†Ω ۞ Ψ§ΩΩ‡Ω’Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ψ§Ω„Ψ΅ΩΩ‘Ψ±Ψ§Ψ·ΩŽ الْمُسْΨͺΩŽΩ‚ΩΩŠΩ…ΩŽ ۞ ءِرَاطَ Ψ§Ω„ΩŽΩ‘Ψ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ£Ω†Ω’ΨΉΩŽΩ…Ω’Ψͺَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±Ω Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΨΊΩ’ΨΆΩΩˆΨ¨Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„Ψ§ΩŽ Ψ§Ω„ΨΆΩŽΩ‘Ψ§Ω„ΩΩ‘ΩŠΩΩ†ΩŽ ۞
Ψ’Ω…ΩΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ†…

Semoga Roh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Ditempatkan Dikalangan OrangΒ² Yang Beriman Dan OrangΒ² Yang Istimewa Di Sisi Allah SWT…Amin.