Kunjung hormat ke kediaman YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Ku Li konsisten dalam memberikan pandangan mengenai Felda. Dalam isu penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, beliau memang menentang sedari awal, meskipun dia seorang Ahli Parlimen BN(Gua Musang).
Oleh kerana penyenaraian FGV gagal, seharusnya bail out di buat oleh kerajaan bagi memikul tanggunjawab tersebut. Apabila terbitan sukuk 9.9 bilion dilakukan, maka beban itu tidak wajar di pikul oleh Felda. Beban hutang sedia ada (seperti pembentangan kertas putih 10 april 2019) akan terus menimbun melalui sukuk. Ini akan memangsakan peneroka dan Generasi Baharu Felda.
Ku Li juga bertegas bahawa hapus kira(write off) hutang peneroka mesti dibuat sebagai jalan keluar. Berapa pun jumlahnya, ia bukti penghargaan Kerajaan atas pengorbanan dan sumbangan besar 112, 635 peneroka kepada produktiviti negara khususnya sektor komoditi.
Pelan pemulihan Felda/ model baharu Felda dengan mengambil kira pengambilalihan semula FGV( tanah 351 ribu hektar) mesti benar2 serius dalam semua aspek termasuk pandangan pakar ekonomi dan pemain industri komoditi seperti Sime Darby dan lain lain.
Jika tidak ia seperti ditakuk lama.
Ku Li turut mengimbau keberadaannya dalam kabinet Tun Mahathir, peranannya di Petronas, isu Kereta Nasional(Proton) hingga pertandingan dalam parti tahun1987.
Jika sebelum PRU 14, bagaimana Ngo2 Felda menyokong Tun Mahathir melalui kempen dan jelajah hingga berjaya menawan 19 dari 54 seat Felda, bagaimana pula kali ini.
Momentum baru mesti diusahakan dan tidak mengulangi kegagalan melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan.
Samada TSMY sebagai PM dan Ahli Parlimen Pagoh( yang ada beberapa Tanah Rancangan Felda) buktikannya atau DSAI sebagai Pengerusi PH/Ketua Pembangkang menggalas harapan baru warga Felda pada keseluruhannya.
Inilah pakej penyatuan melangkau politik kepartian yang mana Tengku Razaleigh boleh berperanan. Tokoh yang masih punya aura dan pengaruh tersendiri.
Inilah harapan yang dilontarkan kepada beliau, demi Malaysia yang tercinta!
Datuk Mazlan Aliman
Ngo Malaysia Baru
11 Nov 2020