Kumpulan mahasiswa adalah antara yang paling terkesan dan terjejas – Syed Saddiq

Kumpulan mahasiswa adalah antara yang paling terkesan dan terjejas – Syed Saddiq

Sejak awal tahun COVID-19 menular di Malaysia, kumpulan mahasiswa adalah antara yang paling terkesan dan terjejas.

Mereka tidak dapat belajar di kampus masing-masing, perlu mencari talian internet untuk masuk kelas secara ODL, yuran pengajian masih perlu dibayar seperti biasa (tiada pengurangan walaupun kemudahan universiti tidak boleh digunakan).

Semua masalah ini perlukan perhatian besar Kerajaan. Ini soal pendidikan dan masa hadapan sumber tenaga negara.

Saya juga tidak lupa kepada kumpulan mahasiswa dari IPT swasta. Mereka juga tanggung beban yang besar dalam tempoh COVID-19.

Tetapi, sepanjang ucapan Belanjawan 2021 semalam, tidak ada bantuan khas akan diberikan kepada mahasiswa.

Yang ada, peruntukan baik pulih infrastruktur dan peralatan usang universiti awam berjumlah 50 juta ringgit! Tapi, kemudahan universiti tidak pun digunakan dalam tempoh COVID-19.

Apakah justifikasi yang kerajaan dan pihak KPT akan beri dalam bab ini?

Untuk bantuan laptop pula, kerajaan kenakan pinjaman dan bukan bantuan one-off berjumlah 100 juta ringgit melalui Skim BSN. Mengapa tidak diberi secara one-off dan tidak ambil saja dana dari 50 juta ringgit untuk IPT?
Cadangan saya dari dulu lagi adalah untuk lakukan pengurangan yuran pengajian untuk semua IPT dan laksanakan program 1 Keluarga 1 Laptop untuk bantu mahasiswa.

Satu lagi, apa justifikasi kerajaan memotong hampir 9 juta ringgit biasiswa pendidikan tinggi dari tahun 2020 ke tahun 2021?

Mengapa kumpulan mahasiswa tidak menerima manfaat dari ucapan Belanjawan 2021?

Sumber : https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/3426972907381711/