Krisis Perak : Pertembungan dua arahan parti

Krisis Perak : Pertembungan dua arahan parti

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Menteri Besar Perak yang hilang sokongan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan kerajaan negeri Perak kepada gabungan Umno, DAP.

Reaksi Muhyiddin itu selepas Timbalannya gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang enggan namanya didedahkan, Muhyiddin kecewa dengan kemelut yang berlaku di negeri itu.

“Dalam ‘WhatsApp’ kumpulan pemimpin Bersatu, Tan Sri berkata kepada Faizal, serahkan kerajaan negeri kepada Umno,DAP.

“Muhyiddin agak kecewa dengan krisis yang berlaku di Perak,” katanya kepada Malaysiapost.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Dalam pada itu, seorang sumber pula memberi tahu usaha untuk menyingkir Ahmad Faizal mendapat ‘restu’ kerana beliau ‘bermasalah’ dalam menguruskan kerajaan negeri.

“Apa yang boleh saya katakan usaha menyingkirkan Ahmad FaKrisisizal mendapat restu…restu siapa saya tidak mahu dedahkan.

“Apa yang pasti Ahmad Faizal ini ‘bermasalah’ dan tidak boleh menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Sumber berita : http://malaysiapost.com.my/2020/12/05/muhyiddin-minta-peja-serah-kerajaan-negeri-kepada-umno-dap/