Kos sara hidup naik mencanak, kumpulan pelajar ugut protes di jalanan

Kos sara hidup naik mencanak, kumpulan pelajar ugut protes di jalanan

Kos sara hidup naik mencanak, kumpulan pelajar ugut protes di jalanan.

Kira-kira 20 kumpulan pelajar memberi amaran bahawa mereka akan turun ke jalanan untuk mengadakan protes jika kerajaan gagal menangani peningkatan kos sara hidup.

Jurucakap kumpulan itu, iaitu Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Aliff Naif menyenaraikan lima tuntutan terhadap kerajaan, termasuk memotong gaji menteri dan timbalannya serta menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat.

Kos sara hidup naik mencanak, kumpulan pelajar ugut protes di jalanan.

Presiden Kesatuan Pelajar UIAM Aliff Naif (tiga dari kiri) berkata, kumpulan pelajar itu akan turun ke jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

 

Tuntutan lain termasuk pemberian subsidi yang berterusan, kawalan harga makanan yang dijual di universiti dan penyelesaian kepada masalah jaminan makanan negara.

“Jika tuntutan-tuntutan ini tidak dipenuhi, kami akan turun ke jalan raya (untuk mengadakan protes),” kata Aliff pada sidang media.

Aliff mengingatkan menteri bahawa dengan saiz Jemaah Menteri yang besar, adalah lebih baik tuntutan agar gaji mereka dikurangkan diterima bagi menunjukkan solidariti dengan rakyat.

Mengenai jaminan makanan, Aliff menggesa kerajaan menyediakan penyelesaian jangka pendek dan panjang, selain menambah bahawa ramai pelajar menyuarakan kekecewaan di media sosial dengan ada yang mengadu tidak dapat membeli makanan di kampus.

“Kenaikan harga makanan dan barangan lain membebankan pelajar. Kami tidak mempunyai gaji untuk menampung kenaikan harga.

“Saya tidak menolak kemungkinan ramai rakan kami terpaksa berlapar kerana tidak mampu membeli makanan,” katanya.

Antara kumpulan yang menyokong kenyataan itu ialah Demokrat UKM, Demokrat UM, Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya, Republikan UKM, Suara Mahasiswa UMS, Muda Biro Mahasiswa, Mahasiswa Roket dan Mahasiswa Amanah Nasional.