Kisah Umar Dan Badwi

Kisah Umar Dan Badwi

Wahai Umar al-Khair, semoga engkau diganjari syurga,
Berikan pakaian kepada anak perempuan kecilku dan ibunya,
Jadilah kamu perisai bagi kami dari kesusahan, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa engkau akan laksanakannya.

Umar berkata:
Jika aku tidak laksanakan bagaimana?

Badwi itu menjawab:
Jika begitu wahai Abu Hafs (gelaran Umar), aku akan pergi.

Umar berkata:
Jika engkau pergi apa akan berlaku?

Kata badwi:
Engkau akan ditanya tentang keadaanku, pada hari di mana pemberian menjadi tangisan.
Lalu Umar menangis sehingga basah janggutnya. (Tafsir Al-Qurtubi, jil. 3, hal. 308)
Adakalanya rakyat yang mengingatkan pemerintah tentang kebajikan rakyat bukan disebabkan dengki dengan rezeki tetapi hanya kerana ingin mengingatkan.

Redha Allah ke atasmu wahai Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab.

Dr Rozaimi Ramle

Sumber : https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle