Khairuddin sedia ‘bela’ nelayan bot kecil di Rengit

Khairuddin sedia ‘bela’ nelayan bot kecil di Rengit

Khairuddin sedia ‘bela’ nelayan bot kecil di Rengit.  Khairuddin A Rahim calon N25 Rengit yang berada di pantai Sg Punggur Laut, Rengit mendapati sejumlah besar nelayan bot kecil Sg Punggur Laut, Rengit merungut di atas pemasalahan yang dihadapinya.

Antara pemasalahannya adalah berkaitan jeti nelayan. Puluhan tahun pemasalahan ini tidak dapat diselesaikan walaupun telah acap kali memohon dan menyuarakan dengan pihak yang berkaitan. Jeti yang sedia ada dibina sendiri oleh para nelayan disana.

Tidak ketinggalan juga dengan rungutan para nelayan berkaitan lesen bot kecil yang menghantui mereka. Biarpun disuarakan beribu kali, ia tidak memberi tindak balas yang baik dari kerajaan.

Kekesalan ini tidak dapat dilindungi lagi dan ianya semakin meruncing, katanya.

Khairuddin selaku calon N25 Rengit dari Parti Keadilan Rakyat bersedia mengambil tanggungjawab dan menyelesaikan pemasalahan ini jika diberi peluang dan dipilih sebagai ADUN Rengit.

Khairuddin sedia 'bela' nelayan bot kecil di Rengit

Khairuddin A Rahim calon No 4, N25 Rengit

#SuaraRakyatRengit

 

Turut baca