Khairuddin dedah sesuatu setelah diterima bertanding atas tiket BN

Khairuddin dedah sesuatu setelah diterima bertanding atas tiket BN

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, tindakan beliau menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan untuk memperkasa Muafakat Nasional (MN).

Menurut Khairuddin, beliau konsisten memperjuangkan muafakat antara dua parti iaitu UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa.

Khairuddin dedah sesuatu setelah diterima bertanding atas tiket BN

“Kuala Nerus penting kerana ini sebagai kerusi panas MN kerana pembabitan saya melibatkan MN.

“Apa yang saya perjuangkan adalah muafakat kedua parti. Saya yakin ini adalah satu contoh politik untuk mengusahakan muafakat umat dan tujuannya utk menghalang Pakatan Harapan daripada berkuasa,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.

Khairuddin juga yakin MN boleh disuburkan lagi selepas ini kerana pencalonan beliau dan Datuk Che Abdullah (Tumpat) menggunakan tiket BN adalah untuk tujuan perpaduan.

“Saya yakin MN boleh disuburkan. Kami berdua adalah calon perpaduan seperti diumumkan Datuk Seri Dr Zambry semalam.

“Kita akan bagi idea muafakat sampai bila-bila dan akhirnya umat Islam dapat bersatu. Dan paling penting adalah usaha bersama untuk sekat PH,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau yakin dengan sokongan pengikutnya dan kekuatan jentera BN di Kuala Nerus boleh menyumbang satu kerusi kepada BN untuk membentuk kerajaan.

Khairuddin dilaporkan menerima watikah pelantikan calon daripada Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohd Sahfri Ab Aziz, pada Khamis.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket Pas memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperolehi undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (29,527 undi) dan calon PKR, Abdullah Muhamad (4,604 undi).