Khairuddin ‘dedah’ pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor

Khairuddin ‘dedah’ pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor

Khairuddin ‘dedah’ pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor.    Khairuddin A Rahim calon N25 Rengit dari Parti Keadilan Rakyat mendakwa memiliki maklumat mengenai pengusaha pasir dan batu di negeri ini yang tidak membayar cukai kepada kerajaan Johor.

Khairuddin 'dedah' pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor

Khairuddin berkata, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pengusaha yang tidak membayar cukai pemindahan mengakibatkan kerajaan berkemungkinan kerugian mencecah billion ringgit.

“Ketirisan tersebut telah berlaku berlarutan sejak puluhan tahun dahulu dan ia seperti tidak dibendung.

Di antara bentuk ketirisan yang dilakukan oleh pengusaha pasir adalah seperti mengecilkan rekod ‘volume’ pasir di setiap lori 10 tayar yang memuatkan 20 hingga 22 meter persegi tetapi direkodkan hanya 15 meter persegi sahaja.

“Oleh itu cukai yang dibayar berkurangan. Selain itu, banyak lori pasir beroperasi dengan tidak membayar cukai dan mereka menggunakan dokumen pembayaran permit palsu (menggunakan salinan fotostat permit yang telah dipakai).

“Mereka turut melakukan kerja-kerja pemindahan pasir di awal pagi seawal pukul 2 pagi hingga 8 pagi. Begitu juga mereka membuat kerja-kerja pemindahan pasir pada cuti minggu dan cuti umum,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan terdapat kegiatan ‘cukai terbang’ dengan kaedah lori membawa muatan lebih dan membayar cukai dengan kadar yang rendah.

Khairuddin juga mencadangkan agar beberapa tindakan perlu diambil bagi membendung berkenaan perkara tersebut.

“Saya percaya bahawa penyelewengan ini berlaku kerana ramai pegawai-pegawai penguatkuasa yang berlaku curang.

Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan Johor yang baharu nanti menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyiasat dan memastikan aktiviti penyelewengan tersebut dihentikan serta merta dan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan, katanya

“Bahagian penguatkuasaan Pejabat Tanah perlu dirombak dan hanya meletakkan orang yang berintergriti sebagai pegawai penguatkuasa,” ujarnya lagi.

Gempar !!! Pengusaha pasir, pelombong guna dokumen permit palsu, bayar cukai di Johor

Turut baca