Ketua Polis daerah Petaling Jaya disenangi rakyat

Ketua Polis daerah Petaling Jaya disenangi rakyat

Ketua Polis Daerah PJ yang viral hari ni. Disenangi ramai & mesra dengan penduduk setempat.

“Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul..”

Kenali siapa insan berhati mulia ini.

Kalau korang masih ingat pada akhir tahun lepas, beliau pernah menolong seorang remaja yang kehilangan telefon dan barang2 akibat dicuri. Beliau hadiahkan telefon baru sambil memberi semangat supaya remaja itu tabah dan cekal.

Dan hari ini tular beliau membantu seorang ibu yang ditahan kerana gagal membayar barang – barang yang ada bersamanya. Barang2 dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Atas dasar belas ihsan, beliau menyumbangkan barang makanan dan barangan harian kepada ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran hidup.

Benarlah terkadang ujian itu menguji sejauh mana kuasa yang kita ada dan kemampuan yang digunakan untuk membantu golongan susah.

Tabik hormat kami semua untuk tuan! -ACP Nik Ezanee

Sumber : FB