Kesian pulak !! Ziarah kubur dikompaun RM2,000

Kesian pulak !! Ziarah kubur dikompaun RM2,000

Seorang lelaki berusia 21 tahun dikompaun RM2,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas melakukan aktiviti ziarah perkuburan pada Aidiladha di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, pemuda itu ditahan pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

“Lelaki berkenaan didapati hadir bagi tujuan ziarah kubur yang merupakan aktiviti dilarang bersama dua anak saudaranya,” kata beliau menurut laporan Harian Metro.

Hoo berkata, sehubungan itu satu kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terhadap lelaki berkenaan.

Mengikut SOP Hari Raya Aidiladha dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), program ziarah raya, ziarah tanah perkuburan dan majlis jamuan atau rumah terbuka adalah tidak dibenarkan.

Sumber | FMT

COMMENTS