Kesian cikgu… Tak puas hati anak kena cubit, ibu murid serang cikgu

Kesian cikgu… Tak puas hati anak kena cubit, ibu murid serang cikgu.
Tujuan menghantar anak-anak ke sekolah adaah dengan niat untuk memberi pendidikan di sekolah dengan pemantauan terbaik dari guru-guru.
Justeru, ibu bapa haruslah memberi kerjasama dan kepercayaan buat guru dalam mengajar dan mendisiplinkan anak-anak di sekolah.
Namun begitu, berbeza dengan perkongsian yang tular hari ini, menunjukkan seorang ibu murid yang datang ke tadika dan menyerang seorang guru wanita gara-gara tak puas hati anaknya dicubit.
Menerusi perkongsian di Tiktok, guru tersebut dilihat mempertahankan dirinya dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuh mana-mana anak murid jauh sekali mencubit.
Apa yang membuatkan netizen geram adalah ibu murid menjawab mungkin kejadian berlaku pada beberapa minggu lalu, guru tersebut menyatakan bahawa tempoh diperkatakan adalah kuarantin hingga ibu ini terus-terusan memutar belit kata-katanya.
Rata-rata netizen geram dengan tingkah laku ibu murid berkenaan dan tidak setuju dengan tindakannya menyerang guru wanita terbabit.
Malahan, para netizen berpendapat ramai anak-anak kini semakin tidak berdisiplin kerana adanya sikap ibu bapa yang mempertahankan anak tanpa usul periksa.
Turut baca
- Rogol 13 pelajar, ada yang hamil 2 kali, bekas guru dijatuhkan hukuman mati
- {VIDEO} Suara imam surau bikin gadis ‘cair’, sanggup datang awal, harap masih ‘single’
- Disyaki terlibat dadah, dua lelaki maut berbalas tembakan dengan polis
- Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan
Tonton juga