Kes rasuah projek solar, nasib Rosmah Mansor ditentukan hari ini

Kes rasuah projek solar, nasib Rosmah Mansor ditentukan hari ini

Kes rasuah projek solar, nasib Rosmah Mansor ditentukan hari ini.  Seluruh perhatian bertumpu kepada Rosmah Mansor hari ini, sama ada dia akan menyusuli suaminya, Najib Razak dengan didapati bersalah atau dibebaskan daripada kes rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Namun, dalam langkah saat-saat akhir, Rosmah dua hari lalu memfailkan permohonan agar hakim perbicaraan, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyampaikan keputusan tiga pertuduhan rasuah terhadapnya.

Kes rasuah projek solar, nasib Rosmah Mansor ditentukan hari ini

Malaysiakini akan memberikan laporan langsung prosiding hari ini.

Rosmah tiba di mahkamah

8.57 pagi: Rosmah tiba di mahkamah. Dia yang mengenakan baju kurung dan selendang kuning dilihat duduk di galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.

Turut dilihat adalah ketua pasukan pembelaan, Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.DPP tiba di mahkamah

8.30 pagi: Ketua pasukan pendakwaan, Gopal Sri Ram dilihat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pasukan pembelaan Rosmah juga dilihat sudah berada di mahkamah.

Mahkamah dijangka sampaikan keputusan

8 pagi: Zaini dijangka memberikan keputusan ke atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor.

Wang tersebut didakwa sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Pada mulanya keputusan dijadualkan dibuat pada 7 Julai namun ditangguh ke hari ini.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas satu pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan satu pertuduhan menerima rasuah RM1.5 juta.

Pada 10 April 2019, dia sekali lagi dibawa ke mahkamah atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.

Dia pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum tiga pertuduhan itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan secara bersama.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Rosmah untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Seramai 23 saksi telah dipanggil pendakwaan dengan Rizal dan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid menjadi saksi utama.

Terdahulu, Rizal dalam keterangannya berkata dia membawa wang tunai RM5 juta dalam dua beg dan ke Seri Perdana – kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Wang itu didakwa diberikan Saidi pada 2016.

Mahkamah juga diberitahu Mahdzir mengeluarkan arahan untuk meminda surat perjanjian kepada Jepak Holdings. Bahagian yang dipinda adalah Perkara 11 yang menyatakan kerajaan ada hak untuk membatalkan kontrak itu pada bila-bila masa.

Peguam Rosmah dalam hujahnya antara lain berkata saksi pendakwaan membuat konspirasi terhadap Rosmah.

Jika disabit bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali nilai suapan.