Kes mengamuk ‘backup’ anak, ibu akui tak pandai jaga anak, nangis-nangis jumpa pekerja minta maaf

Kes mengamuk ‘backup’ anak, ibu akui tak pandai jaga anak, nangis-nangis jumpa pekerja minta maaf

Kes mengamuk ‘backup’ anak, ibu akui tak pandai jaga anak, nangis-nangis jumpa pekerja minta maaf. Sejak semalam, tular video menunjukkan seorang ibu yang mengamuk apabila anaknya dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Tindakannya membuat ‘live’ di Facebook, dengan niat untuk ‘menegur’ pekerja yang disifatkan menuduh secara membuta tuli.

Terbaru, beberapa jam lalu, difahamkan ibu tersebut yang mesra disapa Kak Long telah datang semula ke kedai tersebut untuk meminta maaf kepada pekerja yang terlibat.

Akui bersalah dan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran, Kak Long menangis teresak-esak ketika membuat permohonan maaf dan lega kerana tiada sebarang laporan polis dibuat atas salah laku yang berlaku antara mereka.

Usai segala permohonan maaf telah jelas antara dua belah pihak, Kak Long membuat satu video bagi menyeru netizen untuk tidak lagi menyebarkan video dia dan anaknya dan turut berharap agar netizen berhenti menyebarkan kecaman dan kebencian kepada dia sekeluarga.

Kes mengamuk 'backup' anak, ibu akui tak pandai jaga anak, nangis-nangis jumpa pekerja minta maaf

Kak Long marah-marah

Turut baca