“Kes ciput je…” Lelaki pukul tunang sehingga trauma dikepung orang awam

“Kes ciput je…” Lelaki pukul tunang sehingga trauma dikepung orang awam

“Kes ciput je…” Lelaki pukul tunang sehingga trauma dikepung orang awam.

Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita yang trauma, didekati beberapa wanita, dipercayai telah dipukul tunangnya!

Perkongsian di Tiktok mendapat perhatian ramai yang geram dengan tindakan lelaki tersebut, berani menaikkan tangan ke atas wanita!

Dari pertanyaan orang ramai, wanita mangsa pukul tersebut membuka cerita bahawa pergaduhan tercetus kerana benda kecil sahaja, namun tiba-tiba tunangnya mengamuk dan memukulnya…

"Kes ciput je..." Lelaki pukul tunang sehingga trauma dikepung orang awam

Lelaki tersebut pula dilihat telah dikepung orang awam akibat tindakannya memukul wanita berkenaan. Malahan, siap dimarah dan ditegur oleh beberapa orang lelaki atas tindakan kasar yang dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram melihat apa yang berlaku di samping menasihatkan wanita berkenaan agar segera angkat kaki dari lelaki panas baran begitu.

Malahan, ramai juga yang memberi nasihat bahawa lelaki yang baran, sukar diubah…

Susulan tularnya video tersebut, muncul satu video penjelasan, menyatakan bahawa mereka kini telah berbaik.

Malahan kedua-duanya juga mengatakan bahawa pergaduhan adalah biasa dalam perhubungan, buat netizen garu kepala…