Kes baru kembali lebih 3,000, peningkatan mendadak di Perak

Kes baru kembali lebih 3,000, peningkatan mendadak di Perak

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 3,297 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Kes baru hari ini melangkaui angka 3,000 buat pertama kali sejak lapan hari lalu.

Peningkatan ini antaranya susulan kenaikan kes di Perak, yang mencatatkan 1,215 kes baru.

Perak juga merupakan negeri dengan kes baru tertinggi hari ini, disusuli Selangor (868) dan Johor (431).

Ini kali pertama kes baru melangkaui empat angka dilaporkan di Perak sejak gelombang ketiga penularan Covid-19. Rekod sebelum ini pada 21 Januari, dengan 245 kes baru.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan kes baru yang tinggi di Perak berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong, iaitu sebuah kluster tempat kerja, dengan 1,046 kes baru.

“Bilangan kes yang tinggi ini adalah susulan perluasan saringan di tempat kerja dan pengesanan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

peratus) dan Johor sebanyak 431 kes (13.1 peratus).

Kes baru hari ini melibatkan 1,402 warga tempatan dan 1,889 warga asing.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif terus menurun dengan kadar sembuh yang tinggi, iaitu seramai 4,456 orang.

Status ringkas:

Kes aktif: 33,304
Pesakit dalam ICU: 209
Pesakit dengan bantuan pernafasan: 91
Kematian: 5
https://infogram.com/are-active-and-icu-cases-trending-up-or-down-1hxj48pm1g0d52v
Berikut maklumat kes kematian baru Covid-19:

Kes 231,448 – Perempuan berusia 62 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Kes 240,704 – Lelaki berusia 82 tahun yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheas, Kuala Lumpur. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok dan buah pinggang kronik.

Kes 272,152 – Lelaki berusia 76 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mengidap Lymphoma.

Kes 278,223 – Lelaki berusia 74 tahun yang meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor. Mengidap kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan jantung.

Kes 278,558 – Perempuan berusia 29 tahun. Jenazah dibawa ke Hospital Ampang, Selangor. Mengidap penyakit darah tinggi.

Kes baru mengikut negeri:

Perak (1215)
Selangor (868)
Johor (431)
Sarawak (185)
Pulau Pinang (127)
Kuala Lumpur (123)
Negeri Sembilan (122)
Sabah (85)
Melaka (65)
Kelantan (30)
Kedah (15)
Terengganu (12)
Pahang (9)
Putrajaya (7)
Labuan (3)
Perlis (0)
6 kluster baru

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat enam lagi kluster baru yang dikenal pasti, menjadikan jumlah setakat ini kepada 1,074 kluster dengan 510 kluster masih aktif.

Kesemua kluster baru hari ini dalam kategori kluster tempat kerja, dengan lima daripadanya di Johor.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Jalan Kota Kulai

Daerah: Kulai, Johor

Lokasi / Sumber: Jalan Kota Kulai
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 89 yang disaring
Kluster Jalan Cemerlang Besi

Daerah: Johor Bahru, Johor

Lokasi / Sumber: Jalan Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 83 yang disaring
Kluster Jalan Kelapa Mawar

Daerah: Batu Pahat, Johor

Lokasi / Sumber: Jalan Kluang, Batu Pahat
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 91 yang disaring
Kluster Jalan Pandan Ria

Daerah: Johor Bahru, Johor

Lokasi / Sumber: Jalan Kangkar, Johor Bahru
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 43 yang disaring
Kluster Jalan Persiaran Cemerlang

Daerah: Johor Bahru

Lokasi / Sumber: Taman Perindustrian Cemerlang
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 131 yang disaring
Kluster Perusahaan Baru

Daerah: Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Lokasi / Sumber: Lorong Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 21 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah yang dijangkiti: 24 daripada 213 yang disaring

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini. | MK