Kerja 24 jam tanpa henti, elaun warden asrama perlu dinilai semula – Salahuddin

Kerja 24 jam tanpa henti, elaun warden asrama perlu dinilai semula – Salahuddin

Kerja 24 jam tanpa henti, elaun warden asrama perlu dinilai semula – Salahuddin.

Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai mengatakan tugas sebagai guru warden asrama bukanlah tugas yang mudah.

Golongan ini umpama bekerja selama 24 jam tanpa henti bagi memantau dan menjaga anak-anak yang diamanahkan oleh ibu bapa.

Nisbah jumlah pelajar dengan jumlah warden adalah amat berbeza. Selain daripada elaun atau peruntukan warden asrama yang sedikit, mereka juga tiada perlindungan asas khususnya apabila timbul isu atau kes-kes di asrama seperti buli, kecurian, keselamatan, dan sebagainya.

Katanya lagi, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar membuat penilaian semula terhadap kadar elaun dan sistem perlindungan kepada para warden asrama.

Para warden memikul beban tanggungjawab yang berat dan besar, terutamanya bagi sekolah asrama yang mempunyai kapasiti pelajar yang ramai seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), katanya.