Kereta hanyut terapung dalam banjir, “Dah warning jangan lalu tapi degil”, abang bomba luah kecewa

Kereta hanyut terapung dalam banjir, “Dah warning jangan lalu tapi degil”, abang bomba luah kecewa

Kereta hanyut terapung dalam banjir : “Dah warning jangan lalu tapi degil”, abang bomba luah kecewa. Banjir kilat yang melanda beberapa buah kawasan di sekitar KL, Selangor nampak parah ketika ramai mangsa memuat naik status keadaan terkini yang mengalami pelbagai kerosakan harta benda.

Dalam satu video perkongsian di Tiktok yang tular, dapat didengari luahan lelaki yang merakam, menyatakan rasa kecewa kerana amaran dari pihak mereka (bomba) yang langsung tak didengari penduduk.

Rakaman itu menunjukkan sebuah kereta jenis Wira dan sebuah van yang hanyut terapung difahamkan kerana ingkar arahan bomba yang tidak membenarkan mereka melaui kawasan tersebut, namun kerana kedegilan, akhirnya kenderaan masing-masing hanyut dibawa arus banjir.

Rata-rata netizen menyokong penuh kenyataan pihak bomba yang telah awal memberi amaran, namun tidak diendahkan empunya kereta hingga akhirnya ianya terapung sedemikian.

Malahan, ramai yang menasihati agar ikutlah arahan kerana jika tidak, pasti akan menyesal apabila kerosakan telah berlaku seperti situasi dalam video.

Turut baca