Kerani langgar 8 remaja basikal lajak berdepan penjara 6 tahun

Kerani langgar 8 remaja basikal lajak berdepan penjara 6 tahun

Kerani langgar 8 remaja basikal lajak berdepan penjara 6 tahun.

Terbaru, kerani wanita, Sam Ke Ting, sudah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi, semalam.

Peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman sudah difailkan hari ini menerusi sistem e-filing mahkamah.

Kerani langgar 8 remaja basikal lajak berdepan penjara 6 tahun

Beliau berkata, pihaknya juga turut memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran rayuan kes itu.

“Notis usul kebenaran merayu dan sijil perakuan segera sudah difailkan hari ini melalui sistem e-filing,” katanya.

Rayuan itu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak.

Malah wanita berusia 27 tahun itu juga diperintah menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Kerani langgar 8 remaja basikal lajak berdepan penjara 6 tahun

Ia diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Abu Bakar dalam keputusannya berkata, perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan nyawa malah kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.