Kerana teruja, lelaki guna nombor plat ‘JANDA’ undang padah

Kerana teruja, lelaki guna nombor plat ‘JANDA’ undang padah

Kerana teruja, lelaki guna nombor plat ‘JANDA’ undang padah.

Padah menggunakan nombor plat ‘JANDA’ pada motosikalnya, seorang lelaki ditahan polis di Lorong 4, Jalan Lanang, Sibu, Sarawak, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 21 tahun itu didapati mempamerkan nombor plat “JANDA 8740” pada bahagian belakang, manakala di bahagian depan pula berlainan.

Kerana teruja, lelaki guna nombor plat ‘JANDA’ undang padah

Seorang lelaki ditahan selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya.

Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili, berkata lelaki itu ditahan oleh sepasukan polis trafik di lokasi tersebut pada 4.30 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan nombor casis dan enjin motosikal mendapati dua nombor plat yang digunakan berlainan dengan nombor asal walaupun kenderaan itu miliknya.

“Suspek didapati mempamerkan nombor plat hadapan dan belakang motosikal didapati palsu,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku tujuan menggunakan dua nombor plat pendaftaran berlainan itu kerana “suka-suka” dan sangat teruja dengan perkataan “janda”.

Sehubungan itu, Zulkipli berkata, lelaki terbabit dan motosikalnya dibawa ke Balai Sungai Merah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu, jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.