“Kerana berstatus janda…” Shila Amzah kecewa dihina netizen

“Kerana berstatus janda…” Shila Amzah kecewa dihina netizen

“Kerana berstatus janda…” Shila Amzah kecewa dihina netizen.

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan selepas bercerai dia telah dihina oleh netizen dengan stigma yang tidak baik hanya kerana berstatus janda.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 31, berkata dia sedih dan kecewa kerana status itu dilihat menjadi satu imej yang buruk buat seorang wanita.

“Selepas bergelar janda sebenarnya saya dapat banyak DM (mesej peribadi) yang tak best daripada netizen iaitu seperti sudah ada stigma tak baik pada orang yang bercerai.

“Siapa yang kahwin nak bercerai? Mereka kena hentikanlah untuk menuding cari pada orang yang bercerai ni adalah jahat.

“Saya sedih dan terkilan kerana lebih-lebih lagi yang cakap tu bukan lelaki tetapi kaum wanita. Sebagai seorang wanita saya malu dan saya harap mereka boleh fikir balik apa yang mereka cakap.

“Terus-terang bila kata-kata ini sampai kepada saya ia buatkan saya susah untuk pulih selepas bercerai,” katanya.

Shila ditemui Astro Gempak dalam berkongsi kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal kepada seorang anak sejak empat bulan lalu.

Mengulas lanjut mengenai kehidupannya kini, Shila akui ia dapat diuruskan dengan baik.

“Pun begitu, saya boleh kata kehidupan saya sekarang selepas bercerai lebih baik dan saya juga dapat uruskan anak dengan mudah.

“Malah saya juga bersyukur kerana dapat fokus kembali dalam karier seni,” tambahnya lagi.

Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.